Friday, September 20, 2013

Koh Lipe

Aku selalu juga mendengar dan melihat photo tentang Koh Lipe yang terletak di selatan Thailand dari kawan-kawan yang pernah pergi kesana, so far feedback yang aku dapat sangat la menarik tentang pulau Maldives Thailand ini.

Last week pada 12 September, aku dan 3 orang sahabat menaiki bas malam ke Hatyai. Ada beberapa pilihan kalau mau ke Lipe ni, bole naik bas ke Hatyai, dan menaiki mini van ke jeti di Pakbara dan boat ke Lipe, ada satu lagi pilihan bole ambik flight ke Hatyai atau ke Krabi, last sekali bole naik bot dari Langkawi ke Lipe pada high season (high season pada bulan november sehingga may)

Aku seperti biasa yang tak mempunyai pulus ni memilih jalan yang paling murah walaupun kurang selesa iaitu menaiki bas ke Hatyai. Kita orang menaiki bas pukul 10.30 malam dan sampai ke Hatyai pada pukul 7.30 pagi(waktu Thai) keesokkan.

Bila di Hatyai nanti, kalau nak mudah ke Koh Lipe, bole beli tiket/package di pejabat Konsortium Bas Ekspres yang berdekatan dengan Lee Garden Hotel
. Jangan jadi macam kita orang yang konon-kononnya nak berjimat, ambik Tuk-Tuk ke station bas yang luar dari bandar Hatyai kena paw 100 baht setiap sorang, beli tiket ke mini van dan bot ke Koh Lipe kena bayar 650 baht one way, kalau di opis Konsortium Bas Ekspres tu, cuma perlu bayar 600 baht je, pandai punya pasai, kena bayar 750 baht sorang.

ada kedai makanan halal di station mini van bagi yang lapar

Peringatan: bila sampai Hatyai waktu pagi, jangan buang masa, terus beli tiket ke Koh Lipe sebab pada waktu low season, hanyai satu boat trip je ke Lipe iaitu pukul 11.30am (sekarang kita cerita waktu Thai je). Jangan buang masa pergi makan atau jalan-jalan pulak sebelum beli tiket. 


Perjalanan ke Pakbara mengambil masa selama 2 jam, bila sampai di Pakbara nanti, ada cukup masa utk breakfast kedai makanan halal yang berdekatan dengan jeti, ada makanan Thai dan nasi kerabu.

Pakbara Pier

Di jeti ni, sebelum masa, kena bayar 20 baht untuk sebab yang aku tak tau, bayar je la sebab dia orang da mintak, mungkin nak kumpul duit nak bayar kos membuat komplek baru ni.

bagi pada sesiapa yang nak charge iPad/Tab/smart phone, bole la charge kat dalam complex ni macam aku buat ni. 

Kebiasaannya penjalanan boat ke Koh Lipe mengambil masa selama 1 setengah jam tapi pada masa kami sampai, boat da la lewat satu jam, laut bergelora sebab musim hujan, perjalanan boat melambong-lambong, da setengah jam bergerak, boat rosak pulak, lagi teruk boat dibuai ombak, kesudahannya ramai la mamat-mamat macho yang muntah, ada jugak minah ayu yang dapat mabuk free.



Apa-apa pun, bila da nampak pulau, semua masalah hilang dan rasa berbaloi bila nampak air laut biru/hijau yang jernih. Jejak je kaki ke pantai, fulamak....pasir puteh dan halus. Boat ni akan menurunkan penumpang di pantai Sunrise (ada 3 pantai utama di sini iaitu Sunrise, Sunset dan Pattaya)
So pada sesiapa yang da book bilik tu, cari la hotel masing-masing, bagi yang malas nak jalan kaki tu, bole naik Tuk-Tuk moto dengan harga 50 baht, tapi kalau setakat ke pantai Pattaya, bole je jalan kaki. Bagi yang nak stay kat Sunset, baik ko orang ambik Tuk-Tuk sebab jauh...


Untuk trip ni Jo sudah book bilik di Gecko Lipe Resort pakai Booking.com, dengan harga 480 baht semalam, ni harga low season, aku dengar kalau high season bole cecah lebih dari 800 baht. Tak la teruk sangat sebab share bagi dua dengan si Fariz.

Makanan Halal tak banyak masalah kat sini, senang nak cari, kat Walking Street, aku nampak 2 restaurant, kat Pattaya beach, ada satu halal restaurant yang siap dengan live band pada waktu malam. Di Sunset dan Sunrise beach aku tak tau sebab tak pergi check, sorry la yea... Mahal atau murahnya makanan, nasi/mee goreng harga dalam 100 baht, bagi aku mahal jgak, sama macam harga kat Pulau Perhentian. 

Aku lihat banyak bangunan/restaurant sedang dibina/renovation, dan rasanya akan siap pada peak season nanti pada bulan November, tak lama lagi pulau ni penuh dengan pembangunan dan harap-harap jangan la development ni merosakkan pulau ini. Tourists datang ke pulau ni disebabkan pantainya yang puteh dan halus macam tepung, air lautnya yang jernih dan cetek, kalau da penuh dengan bangunan, hancur la jawabnya.


Disebabkan development yang tidak terancang dan teratur, aku lihat tiada longkang yang sempurna di Lipe ni, selepas hujan lebat, banyak lopak-lopak air yang da jadi macam kolam ikan disebabkan tiada tempat untuk air mengalir keluar.

Salah satu aktiviti yang bole dibuat di sini selain scuba diving, snorkeling adalah famous di sini. Kami mengambil private boat bersama dengan nasi goreng, semuanya kami bayar kurang dari 500 baht seorang. Kelebihan private boat ni, kita tak perlu berkongsi boat dengan orang lain, nak lepak kita bole lepak, kalau nak cepat, suka hati kita la mana kita nak pergi. 

Rose, Jovi dan Fariz tengah posing-posing, acara wajib ni

first snorkeling point, kami bertiga terjun snorkel kat sini tapi terpaksa naik balik sebab laut bergelora dan current sangat kuat, rasa nak putus nyawa berenang lawan arus balik ke boat


Tarutoa National Park, dimana aktiviti menyusun batu hitam dilakukan

jangan pandai-pandai nak angkut batu bawak balik kampong

kalau nak susun batu, kena susun 12 tingkat mengikut 12 bulan dalam setahun

yang ni aku punya


Rawi Beach

bole nampak dasar laut. semua gambar ni aku shoot pakai Canon S100 

Kalau ada yang nak tau berbaloi tak pergi snorkeling, aku rasa memang berbaloi, ambik la private boat macam kita orang buat. Sebelum pergi snorkeling, sapu badan dengan sun block lotion (kulit aku tengah mengelupas ni sebab tak pakai, macho la kononnya tak pakai), pakai topi kalau ada, dry bag nak simpan camera, hp dan gadjet yang tak bole kena air, makanan ringan/snacks, towel, tanya terlebih dahulu masa booking boat samada mereka menyediakan peralalatan snorkeling sebab ada yang tak menyediakan, make sure bateri camera/hp fully charge dan last sekali, tolong la jangan berdiri atas coral, coral ni kena hidup lama untuk mencapai tahap yang ko orang lihat, kalau ko orang pijak, mati la dia, orang lain datang nanti, nampak coral mati je la.


Petang-petang kalau nak tengok sunset, bole naik Tuk-Tuk ke Sunset Beach, nak jalan kaki pun bole, dalam 20 minit je, naik Tuk-Tuk kena bayar 50 baht, masa low season ni, takde satu kedai/restaurant pun yang buka, baik ko orang janji dengan Tuk-Tuk tu time nak jemput balik nanti.


Bagi sesiapa yang dinner di pantai Pattaya, jalan ke depan sikit dari restaurant halal tu, bole lepak kat pantai depan Budhaya Resort, ada wifi free, laju plak tu.

Kita orang stay kat Lipe untuk 2 malam sahaja, kalau nak stay lebih lama lagi, kena la buat scuba diving plak. Untuk scuba diving, aku tak berapa dengar divers cerita pasal diving kat Lipe ni, maybe next time aku bawak dive gears aku da dive kat sini.

Last sekali, boat untuk keluar ke tanah besar hanya sekali sehari je pada low season iaitu para pukul 9.30am di pantai Sunrise, kena ada di situ sekurang-kurangnya pada pukul 9.00am, jangan jadi macam kita orang, pukul 9.31am baru sampai, bole nampak boat da blah. Lepas kena basuh dengan mamat Siam tu, baru dia call boat suruh patah balik, nasib baik boat nak patah balik.

Kalau nak lihat images yang aku shoot di Koh Lipe, bole lihat diSINI











1 comment:

Popular Posts